BENGKEL MEDIA KREATIF (CANVA AI) PERKASA KOMUNITI MASJID DENGAN KEMAHIRAN REKA BENTUK DIGITAL

Tanjong Malim, 27 September 2025 – Seramai peserta daripada Masjid Al-Ikhwan, Taman Bernam Baru telah menyertai Bengkel Media Kreatif (Canva AI) yang berlangsung di IKl, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai sebahagian daripada inisiatif “AI Untuk Kita: Program Pemindahan Ilmu AI Kepada Komuniti Usahawan, Belia dan Pesara” . Bengkel yang diselaraskan oleh Dr. Muhamad Hariz Muhamad Adnan itu menampilkan Dr. Mohd Hishamuddin Bin Abdur Rahman dan Dr. Yusri bin Abdullah sebagai tenaga pengajar. Program ini bertujuan memperkukuh kemahiran komunikasi digital komuniti melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam reka bentuk grafik. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada kepentingan media digital dalam menyampaikan maklumat dan hebahan program komuniti secara lebih efektif dan profesional. Mereka turut diperkenalkan kepada platform Canva serta fungsi Canva AI yang menawarkan cadangan templat automatik dan ciri text-to-design bagi memudahkan proses penghasilan bahan visual. Pelaksanaan bengkel dijalankan secara praktikal dan berperingkat. Peserta dibimbing untuk mendaftar dan mengakses platform Canva sebelum mengikuti demonstrasi penggunaan ciri-ciri AI dalam menghasilkan poster digital. Dengan sokongan fasilitator, setiap peserta berpeluang menghasilkan sekurang-kurangnya satu reka bentuk poster berkaitan aktiviti masjid dan komuniti secara kendiri. Pendekatan latihan secara hands-on membolehkan peserta memahami aplikasi sebenar teknologi AI dalam konteks keperluan komuniti. Bantuan individu turut diberikan sepanjang sesi bagi memastikan peserta dapat menyesuaikan reka bentuk mengikut kreativiti dan kesesuaian program masing-masing. Hasil daripada bengkel ini, peserta berjaya menguasai kemahiran asas penghasilan poster dan kandungan digital. Keyakinan mereka dalam menggunakan alat reka bentuk berasaskan AI turut meningkat. Lebih penting, bahan digital yang dihasilkan boleh digunakan semula untuk program-program komuniti akan datang, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan hebahan dan komunikasi masjid. Inisiatif ini membuktikan bahawa pemindahan ilmu AI secara tersusun dan praktikal mampu memperkasa komuniti setempat dalam mendepani era digital, selaras dengan matlamat program untuk merapatkan jurang literasi teknologi dalam kalangan masyarakat.
Bengkel Pengurusan Jurnal Ilmiah dan Penulisan Kreatif Berimpak JAWHAR 2025 – 10 Mei 2025

Taiping, Perak, 10 Mei 2025 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Jurnal Ilmiah dan Penulisan Kreatif Berimpak JAWHAR 2025 pada 8 hingga 10 Mei 2025 bertempat di The Regency Hotel Seri Warisan, Taiping, Perak. Bengkel intensif selama tiga hari ini bertujuan memperkasa kefahaman dan kemahiran para peserta dalam bidang pengurusan jurnal ilmiah dan penulisan kreatif, terutamanya dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan artikel berkualiti tinggi. Bengkel ini telah dirasmikan pada malam pertama oleh pihak pengurusan JAWHAR dan diteruskan dengan Sesi 1 bersama ahli Lembaga Editorial Penasihat, Jawatankuasa Penerbitan dan Sidang Redaksi yang dikendalikan oleh YBrs. Dr. Muhamad Hariz bin Muhamad Adnan. Sesi ini menumpukan kepada gaya penulisan yang efektif dalam menghasilkan artikel ilmiah serta teknik penulisan menggunakan AI. Pada hari kedua, peserta mengikuti Sesi 2 yang membincangkan penulisan kreatif menggunakan AI untuk media seperti majalah dan akhbar. Program turut diserikan dengan sesi latihan dalam kumpulan, pembentangan, serta Sesi 3 mengenai teknik penulisan rencana yang disampaikan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Shamsul Arrieya bin Ariffin. Hari terakhir bengkel menyaksikan peserta menyertai pembentangan kumpulan, kuiz interaktif dan penyampaian hadiah, diakhiri dengan majlis penutup serta penyampaian cenderahati sebagai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen SBU Meta Solutions UPSI dan JAWHAR dalam melahirkan penulis ilmiah dan kreatif yang bukan sahaja berkemahiran tinggi tetapi juga mampu memanfaatkan teknologi semasa untuk mempertingkatkan mutu penulisan dalam sektor awam.
Latihan IoT untuk Pemula Siri 4/2024 23-26 September 2024

Kursus “IoT for Beginners” memberikan pengenalan kepada teknologi Internet of Things (IoT), selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Kursus ini berlangsung selama empat hari, merangkumi pengajaran teori dan praktikal. Peserta didedahkan kepada struktur asas IoT, protokol komunikasi seperti MQTT, penyediaan broker IoT, serta pembangunan dashboard untuk pemantauan data dan kawalan peralatan melalui IoT. Objektif Kursus Penceramah Dr. Mad Helmi bin Ab. Majid, pensyarah dari Fakulti Teknologi Meta di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), merupakan pakar dalam bidang Mekatronik, Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan (AI), dan pendidikan STEM. Penglibatan beliau dalam kursus ini memberi panduan yang bernilai kepada peserta dalam memahami aplikasi IoT yang efektif. Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus, peserta dapat: Penyertaan dan Penilaian Seramai 21 pensyarah dari pelbagai politeknik menghadiri kursus ini. Keberkesanan kursus dibuktikan melalui peningkatan skor ujian pra dan pasca, serta maklum balas positif daripada peserta. Kesimpulan Kursus ini berjaya mencapai objektifnya, di mana peserta menunjukkan peningkatan dalam pemahaman dan keupayaan untuk membangunkan sistem IoT asas. Semua peserta dapat mengenali dan membangunkan sistem IoT secara teori dan praktikal (EXPERT@UPSI).
Kursus CPCM: High Impact Presentation Menggunakan Canva 29-31 Julai 2024

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra Kedah baru-baru ini telah berjaya menganjurkan Kursus CPCM “High Impact Presentation Using Canva: Photo & Video Editor” dari 29 hingga 31 Julai 2024. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menghasilkan bahan persembahan berimpak tinggi, seperti poster, slaid persembahan, dan video, untuk memenuhi keperluan pengajaran dan KPI organisasi. Kursus ini melibatkan 33 orang peserta terdiri daripada pensyarah politeknik dan kolej komuniti. Objektif Kursus Objektif utama kursus ini adalah untuk: Kandungan Kursus Kursus ini merangkumi beberapa topik penting termasuk: Jadual Kursus Kursus ini dilaksanakan selama tiga hari dengan jadual yang padat. Setiap hari bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan sesi teori dan praktikal yang komprehensif, memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan teknik yang dipelajari secara langsung. Tenaga Pengajar dan Fasilitator Kursus ini dikendalikan oleh dua tenaga pengajar berpengalaman, iaitu Dr. Suhazlan Suhaimi dan Prof. Madya Dr. Che Soh bin Said. Kedua-duanya mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan dan pembangunan kandungan digital, membantu peserta untuk memaksimumkan kemahiran mereka dalam penyuntingan visual dan video menggunakan Canva. Ulasan dan Maklumbalas Kursus ini telah memberikan impak yang besar kepada peserta, dengan kebanyakan peserta menyatakan bahawa kursus ini sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam penyuntingan visual dan penghasilan bahan persembahan berimpak tinggi. Mereka juga berpuas hati dengan penyampaian dan kandungan kursus yang relevan dan berkesan. Para peserta menekankan bahawa mereka kini lebih yakin untuk menggunakan Canva dalam menyediakan bahan pengajaran yang lebih kreatif dan dinamik. Rumusan Secara keseluruhannya, Kursus CPCM “High Impact Presentation Using Canva: Photo & Video Editor” di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra Kedah telah mencapai objektif yang ditetapkan. Pengendalian kursus secara teratur dan berkesan serta kandungan yang relevan membantu peserta meningkatkan kemahiran mereka dalam menghasilkan bahan visual yang berkualiti tinggi. Kursus ini membuktikan bahawa Canva merupakan alat yang berkesan dalam memudahkan proses penghasilan bahan pengajaran yang lebih menarik dan interaktif, terutamanya dalam konteks pendidikan tinggi.
Kursus CPCM: High Impact Presentation Menggunakan Canva di Politeknik Bagan Datuk 24-26 Julai 2024

Politeknik Bagan Datuk baru-baru ini menganjurkan Kursus CPCM “High Impact Presentation Using Canva: Photo Editor” dari 24 hingga 26 Julai 2024. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan bahan persembahan berimpak tinggi seperti poster, slaid persembahan, dan video yang dapat membantu pengajaran serta memenuhi petunjuk prestasi organisasi (KPI). Kursus ini melibatkan seramai 23 peserta yang terdiri daripada pensyarah politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia. Objektif Kursus Objektif utama kursus ini adalah untuk: Kandungan Kursus Kursus ini merangkumi pelbagai topik penting untuk memahami cara penggunaan Canva dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berimpak tinggi. Antara topik yang dibincangkan termasuk: Jadual Kursus Kursus ini berlangsung selama tiga hari dengan jadual yang padat. Setiap hari, peserta mengikuti sesi pembelajaran intensif yang menggabungkan teori dan praktikal. Kursus dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang setiap hari, memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan teknik yang dipelajari dalam sesi praktikal secara berkesan. Tenaga Pengajar dan Fasilitator Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Suhazlan Suhaimi, seorang pensyarah kanan dari Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknologi pendidikan, khususnya dalam pembangunan bahan pembelajaran digital. Dengan bantuan fasilitator yang mahir, peserta diberikan panduan dalam menggunakan Canva untuk menghasilkan persembahan yang lebih efektif dan berkesan. Ulasan dan Maklumbalas Latihan ini telah memberikan impak yang positif kepada para peserta. Ramai peserta melaporkan peningkatan kemahiran dalam menggunakan Canva, terutamanya dalam menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik dan interaktif. Mereka juga sangat berpuas hati dengan penyampaian dan kandungan kursus ini, yang disifatkan sebagai relevan dan mudah diikuti. Peserta menyatakan bahawa kursus ini telah membantu mereka memahami teknik visual dan reka bentuk yang dapat meningkatkan daya tarikan persembahan mereka. Kursus ini juga disarankan untuk diteruskan pada masa hadapan dengan penambahan sesi praktikal yang lebih mendalam bagi memperkukuhkan pemahaman mereka tentang alat-alat dalam Canva. Rumusan Secara keseluruhannya, Kursus CPCM “High Impact Presentation Using Canva: Photo Editor” di Politeknik Bagan Datuk telah berjaya mencapai objektifnya. Pengendalian kursus yang baik serta kandungan yang relevan menjadikan kursus ini sangat berkesan dalam membantu peserta meningkatkan kemahiran mereka dalam menghasilkan bahan pengajaran yang berimpak tinggi. Kursus ini membuktikan bahawa platform Canva merupakan alat yang sangat berguna dalam penyediaan bahan visual yang dinamik, khususnya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di politeknik dan kolej komuniti.
Pameran Booth Meta Solutions di Perhimpunan Bulanan UPSI Edisi September 2024

Meta Solutions, Business Unit Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi telah menyertai Pameran Booth sempena Perhimpunan Bulanan Edisi September 2024 yang dianjurkan oleh Jabatan Bendahari dan Unit Integriti. Pameran ini berlangsung pada 11 September 2024 (Rabu) bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pameran ini memberi peluang kepada Meta Solutions untuk mempamerkan inovasi dan penyelesaian teknologi terkini yang ditawarkan oleh fakulti, khususnya dalam bidang teknologi komputeran dan meta-teknologi. Acara ini mendapat sambutan hangat daripada kakitangan dan pelajar UPSI, dengan pelbagai interaksi yang positif antara pengunjung dan pempamer Meta Solutions.
Kursus PPK: MIT Apps Inventor di Politeknik Ungku Omar 12-16 Ogos 2024

Pengenalan Politeknik Ungku Omar baru-baru ini menganjurkan Kursus PKK MIT Apps Inventor dari 12 Ogos hingga 16 Ogos 2024 dengan kerjasama Meta Solutions. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para profesional akademik dalam penggunaan alat MIT Apps Inventor bagi tujuan pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kursus ini merangkumi sesi ceramah, sesi praktikal, serta perbincangan kolaboratif yang memfokuskan kepada kaedah mengintegrasikan teknologi pembangunan aplikasi mudah alih dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Objektif Kursus Objektif utama kursus ini adalah untuk: Kandungan Kursus Kursus ini memberi penekanan kepada pelbagai topik yang penting untuk pemahaman mendalam mengenai pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan MIT Apps Inventor. Antara topik yang dibincangkan adalah: Jadual Kursus Kursus ini dijalankan selama lima hari dengan jadual yang padat dan komprehensif. Setiap hari dipenuhi dengan sesi pembelajaran intensif yang melibatkan teori dan praktikal, memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan teknik dan strategi yang dipelajari. Kursus bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Tenaga Pengajar dan Fasilitator Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan MIT Apps Inventor iaitu Encik Rasyidi bin Johan. Ia bertujuan untuk memastikan para peserta memperoleh pemahaman yang mendalam dan kemahiran praktikal yang bersesuaian. Tenaga pengajar yang profesional membantu memastikan peserta dapat mengaplikasikan teknologi ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Ulasan dan Maklumbalas Latihan ini telah memberikan impak yang signifikan kepada para peserta dengan meningkatkan kemampuan mereka untuk menggunakan MIT Apps Inventor dalam proses pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk aplikasi mudah alih. Melalui kursus ini, peserta telah memperoleh pengetahuan baru dan kemahiran praktikal yang relevan serta dapat meningkatkan kualiti penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran mereka. Maklum balas daripada para peserta menunjukkan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan kandungan dan penyampaian kursus ini. Mereka menyatakan bahawa kursus ini telah membantu mereka memahami dengan lebih baik tentang kaedah yang betul dalam menggunakan Platform MIT Apps Inventor. Peserta juga melaporkan bahawa mereka telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran baru yang berguna untuk aktiviti pengajaran mereka. Kursus ini disarankan untuk diteruskan pada masa akan datang untuk peningkatan kemahiran dalam pembangunan aplikasi mudah alih untuk pengajaran dan pembelajaran. Rumusan Kursus MIT Apps Inventor yang dianjurkan oleh Politeknik Ungku Omar berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pengendalian kursus telah dilaksanakan secara terurus dan berkesan, dan maklum balas daripada peserta adalah sangat positif. Kursus ini membuktikan bahawa teknologi seperti MIT Apps Inventor boleh menjadi alat yang berkesan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam konteks pendidikan tinggi.
Kursus CPCM: Pedagogi dan Andragogi Berkesan 15-17 Julai 2024

Pengenalan Politeknik Balik Pulau baru-baru ini telah menganjurkan Kursus CPCM “Effective Pedagogy and Andragogy” Siri 3/2024, yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2024. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah politeknik dan kolej komuniti dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui pendekatan pedagogi dan andragogi. Program ini disasarkan untuk memperkasa pensyarah dengan strategi-strategi inovatif yang boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran mereka. Objektif Kursus Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para peserta mengenai pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran yang boleh diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik dan Kolej Komuniti. Kursus ini juga bertujuan untuk membantu pensyarah mengembangkan kreativiti dan inovasi mereka dalam penyampaian PdP, sejajar dengan keperluan pendidikan yang sentiasa berubah. Kandungan Kursus Sepanjang tiga hari kursus ini, peserta didedahkan kepada pelbagai topik penting seperti: Kursus ini dijalankan secara bersemuka di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang dan melibatkan 28 orang peserta dari pelbagai Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Jadual Kursus Kursus ini berlangsung selama tiga hari dengan jadual yang padat dan komprehensif. Setiap hari dipenuhi dengan sesi pembelajaran intensif yang melibatkan teori dan praktikal, memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan teknik dan strategi yang dipelajari. Kursus bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang, memastikan peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang holistik dan mendalam. Tenaga Pengajar dan Fasilitator Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang pedagogi dan andragogi iaitu Ts. Salman Firdaus. Penceramah ini mempunyai latar belakang akademik dan profesional yang kukuh, serta kepakaran dalam membimbing peserta melalui pendekatan pengajaran yang berkesan dan terkini. Kehadiran mereka membantu melancarkan perjalanan kursus serta memberikan sokongan teknikal dan pengetahuan yang diperlukan oleh peserta. Rumusan Secara keseluruhannya, Kursus CPCM “Effective Pedagogy and Andragogy” Siri 3/2024 yang dianjurkan oleh Politeknik Balik Pulau berjaya mencapai objektifnya. Pengendalian kursus yang teratur dan kandungan yang relevan telah memberikan impak positif kepada para peserta. Pihak Politeknik Balik Pulau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Galeri Gambar
Kursus CPCM: Pengurusan Data dengan Microsoft Office Excel 15-17 Julai 2024

Pengenalan Kolej Komuniti Taiping, Perak baru-baru ini telah menganjurkan Kursus CPCM Microsoft Office Excel (Data Management). Kursus ini berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2024 dan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pengurusan data menggunakan perisian hamparan elektronik Microsoft Excel. Kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha Kolej Komuniti Taiping untuk memperkasakan kemahiran pensyarah dan kakitangan dalam mengurus data dengan cekap, efisien, dan berintegriti. Objektif Kursus Objektif utama kursus ini adalah untuk menguasai kemahiran dalam mencipta dan menguruskan data menggunakan perisian Microsoft Excel. Para peserta diajar untuk menggunakan formula dan fungsi dalam Excel bagi memproses data menjadi maklumat yang dapat digunakan dalam pembuatan keputusan yang tepat dan berintegriti. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk membantu peserta menghasilkan pelaporan yang mengandungi elemen visual seperti graf, carta, jadual, imej, dan teks. Kandungan Kursus Sepanjang tiga hari kursus ini, peserta didedahkan kepada pelbagai topik penting seperti: Jadual Kursus Kursus ini dijalankan selama tiga hari dengan jadual yang padat dan komprehensif. Setiap hari dipenuhi dengan sesi pembelajaran intensif yang melibatkan teori dan praktikal. Kursus dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang, memastikan peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang holistik dan mendalam. Tenaga Pengajar dan Fasilitator Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah berpengalaman iaitu Prof. Madya Dr. Che Soh bin Said dan En. Rasyidi bin Johan. Prof. Madya Dr. Che Soh bin Said mempunyai kepakaran dalam bidang sains data, penyelidikan pendidikan, kurikulum, pentaksiran, animasi tiga dimensi, augmented reality, dan virtual reality. En. Rasyidi bin Johan pula berpengalaman dalam pembangunan kerangka aplikasi sistem, aplikasi mobile, kandungan digital pendidikan, reka bentuk instruksi, penilaian dan pentaksiran, e-learning, mobile learning, dan user modelling. Kedua-dua penceramah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman sebagai pensyarah dan penceramah dalam pelbagai bidang pendidikan, animasi, pengurusan projek, pengurusan data, dan teknologi pendidikan. Ulasan dan Maklumbalas Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Kolej Komuniti Taiping, Perak, penceramah, dan penyedia latihan. Melalui borang maklumbalas yang diberikan, para peserta menyatakan kepuasan mereka terhadap pengisian kursus, pengalaman penceramah, serta kaedah penyampaian yang berkesan. Mereka juga menghargai pengetahuan baru yang diperoleh terutamanya dalam memahami dan mengaplikasikan pengurusan data menggunakan Microsoft Excel. Galeri Gambar Kesimpulan Kursus CPCM Microsoft Office Excel (Data Management) di Kolej Komuniti Taiping, Perak merupakan satu inisiatif penting dalam memajukan kemahiran pengurusan data dalam kalangan pensyarah dan kakitangan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. Dengan sokongan dan penglibatan yang tinggi, kursus ini diharapkan dapat terus memberi manfaat kepada lebih ramai pensyarah dan pelajar di masa hadapan, seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.
Kursus CPCM: Pengurusan Data dengan Microsoft Office Excel 9-11 Julai 2024

Pengenalan Kolej Komuniti Gerik, Perak baru-baru ini telah menganjurkan Kursus CPCM Microsoft Office Excel (Data Management). Kursus ini berlangsung dari 9 hingga 11 Julai 2024 dan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pengurusan data menggunakan perisian hamparan elektronik Microsoft Excel. Kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha Kolej Komuniti Gerik untuk memperkasakan kemahiran pensyarah dan kakitangan dalam mengurus data dengan cekap, efisien, dan berintegriti. Objektif Kursus Objektif utama kursus ini adalah untuk menguasai kemahiran dalam mencipta dan menguruskan data menggunakan perisian Microsoft Excel. Para peserta diajar untuk menggunakan formula dan fungsi dalam Excel bagi memproses data menjadi maklumat yang dapat digunakan dalam pembuatan keputusan yang tepat dan berintegriti. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk membantu peserta menghasilkan pelaporan yang mengandungi elemen visual seperti graf, carta, jadual, imej, dan teks. Kandungan Kursus Sepanjang tiga hari kursus ini, peserta didedahkan kepada pelbagai topik penting seperti: Jadual Kursus Kursus ini dijalankan selama tiga hari dengan jadual yang padat dan komprehensif. Setiap hari dipenuhi dengan sesi pembelajaran intensif yang melibatkan teori dan praktikal. Kursus dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang, memastikan peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang holistik dan mendalam. Tenaga Pengajar dan Fasilitator Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah berpengalaman iaitu PM Dr. Che Soh bin Said dan Dr. Suhazlan Suhaimi. PM Dr. Che Soh bin Said mempunyai kepakaran dalam bidang sains data, penyelidikan pendidikan, kurikulum, pentaksiran, animasi tiga dimensi, augmented reality, dan virtual reality. Dr. Suhazlan Suhaimi pula berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, kandungan digital pendidikan, reka bentuk instruksi, penilaian dan pentaksiran, e-learning, mobile learning, augmented reality, dan virtual reality. Kedua-dua penceramah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman sebagai pensyarah dan penceramah dalam pelbagai bidang pendidikan, animasi, pengurusan projek, pengurusan data, dan teknologi pendidikan. Ulasan dan Maklumbalas Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dilaksanakan oleh pihak Kolej Komuniti Gerik, Perak, penceramah, dan penyedia latihan. Melalui borang maklumbalas yang diberikan, para peserta menyatakan kepuasan mereka terhadap pengisian kursus, pengalaman penceramah, serta kaedah penyampaian yang berkesan. Mereka juga menghargai pengetahuan baru yang diperoleh terutamanya dalam memahami dan mengaplikasikan pengurusan data menggunakan Microsoft Excel. Galeri Gambar Kesimpulan Kursus CPCM Microsoft Office Excel (Data Management) di Kolej Komuniti Gerik, Perak merupakan satu inisiatif penting dalam memajukan kemahiran pengurusan data dalam kalangan pensyarah dan kakitangan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. Dengan sokongan dan penglibatan yang tinggi, kursus ini diharapkan dapat terus memberi manfaat kepada lebih ramai pensyarah dan pelajar di masa hadapan, seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.