Latihan IoT untuk Pemula Siri 4/2024 23-26 September 2024

Kursus “IoT for Beginners” memberikan pengenalan kepada teknologi Internet of Things (IoT), selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Kursus ini berlangsung selama empat hari, merangkumi pengajaran teori dan praktikal. Peserta didedahkan kepada struktur asas IoT, protokol komunikasi seperti MQTT, penyediaan broker IoT, serta pembangunan dashboard untuk pemantauan data dan kawalan peralatan melalui IoT.

Objektif Kursus

  1. Memahami hubungan komunikasi internet dan IoT.
  2. Memperkenalkan protokol komunikasi asas dalam sistem IoT.
  3. Belajar konsep komunikasi ringan masa nyata.
  4. Menguasai penetapan MQTT pada broker umum.
  5. Mengaplikasikan pemantauan data dan antaramuka peranti IoT.

Penceramah

Dr. Mad Helmi bin Ab. Majid, pensyarah dari Fakulti Teknologi Meta di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), merupakan pakar dalam bidang Mekatronik, Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan (AI), dan pendidikan STEM. Penglibatan beliau dalam kursus ini memberi panduan yang bernilai kepada peserta dalam memahami aplikasi IoT yang efektif.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus, peserta dapat:

  1. Memahami komponen asas sistem IoT.
  2. Menguasai protokol komunikasi MQTT dan pengaplikasiannya.
  3. Membangunkan aplikasi IoT dengan integrasi perkakasan dan perisian untuk penyelesaian praktikal.

Penyertaan dan Penilaian

Seramai 21 pensyarah dari pelbagai politeknik menghadiri kursus ini. Keberkesanan kursus dibuktikan melalui peningkatan skor ujian pra dan pasca, serta maklum balas positif daripada peserta.

Kesimpulan

Kursus ini berjaya mencapai objektifnya, di mana peserta menunjukkan peningkatan dalam pemahaman dan keupayaan untuk membangunkan sistem IoT asas. Semua peserta dapat mengenali dan membangunkan sistem IoT secara teori dan praktikal (EXPERT@UPSI).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *