Pengenalan
Politeknik Ungku Omar baru-baru ini menganjurkan Kursus PKK MIT Apps Inventor dari 12 Ogos hingga 16 Ogos 2024 dengan kerjasama Meta Solutions. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para profesional akademik dalam penggunaan alat MIT Apps Inventor bagi tujuan pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti kursus ini merangkumi sesi ceramah, sesi praktikal, serta perbincangan kolaboratif yang memfokuskan kepada kaedah mengintegrasikan teknologi pembangunan aplikasi mudah alih dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Kursus
Objektif utama kursus ini adalah untuk:
- Meningkatkan kemahiran ICT pensyarah dengan memanfaatkan aplikasi pembangunan mudah alih menggunakan MIT App Inventor dalam pengajaran.
- Memperkenalkan teknologi pengajaran baharu melalui MIT App Inventor dan integrasi AI, sains data, dan IoT sebagai alat pembelajaran interaktif dan inovatif.
- Mengembangkan kemahiran untuk mencipta bahan pengajaran yang melibatkan penggunaan teknologi terkini.
Kandungan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pelbagai topik yang penting untuk pemahaman mendalam mengenai pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan MIT Apps Inventor. Antara topik yang dibincangkan adalah:
- Pengenalan kepada MIT Apps Inventor: Pemahaman asas mengenai persekitaran kerja serta konsep komponen dalam platform MIT Apps Inventor termasuk persekitaran mereka bentuk dan pengkodan dalam penghasilan sesuatu aplikasi mudah alih.
- Mencipta Aplikasi Asas MIT Apps Inventor: Latihan praktikal dalam pembangunan aplikasi mudah untuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan platform MIT Apps Inventor. Peserta menghasilkan aplikasi mudah sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mereka.
- Pengurusan Data dengan MIT Apps Inventor: Pemahaman asas pengurusan data dalam platform MIT Apps Inventor yang melibatkan penyimpanan data dalam storan tempatan peranti mudah alih, Google Form, dan fail API di web hosting server untuk memasukkan data ke dalam database server.
- Pengintegrasian Pengurusan Data dalam Projek Lanjutan MIT Apps Inventor: Latihan praktikal mengimplementasikan ketiga-tiga kaedah pengurusan data bagi pembangunan projek aplikasi mudah alih dalam platform MIT Apps Inventor.
- Visualisasi Data dalam Aplikasi MIT Apps Inventor: Pendedahan terhadap kaedah pengambilan data daripada database server dan memasukkannya ke dalam paparan aplikasi mudah alih peserta.
- Pembangunan Aplikasi AI dengan MIT App Inventor: Pengenalan kepada pembangunan aplikasi yang mempunyai ciri-ciri AI menggunakan platform MIT Apps Inventor termasuk penjanaan keystroke bagi pengintegrasian AI dalam platform ini.
Jadual Kursus
Kursus ini dijalankan selama lima hari dengan jadual yang padat dan komprehensif. Setiap hari dipenuhi dengan sesi pembelajaran intensif yang melibatkan teori dan praktikal, memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan teknik dan strategi yang dipelajari. Kursus bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Tenaga Pengajar dan Fasilitator
Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan MIT Apps Inventor iaitu Encik Rasyidi bin Johan. Ia bertujuan untuk memastikan para peserta memperoleh pemahaman yang mendalam dan kemahiran praktikal yang bersesuaian. Tenaga pengajar yang profesional membantu memastikan peserta dapat mengaplikasikan teknologi ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Ulasan dan Maklumbalas
Latihan ini telah memberikan impak yang signifikan kepada para peserta dengan meningkatkan kemampuan mereka untuk menggunakan MIT Apps Inventor dalam proses pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk aplikasi mudah alih. Melalui kursus ini, peserta telah memperoleh pengetahuan baru dan kemahiran praktikal yang relevan serta dapat meningkatkan kualiti penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran mereka.
Maklum balas daripada para peserta menunjukkan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan kandungan dan penyampaian kursus ini. Mereka menyatakan bahawa kursus ini telah membantu mereka memahami dengan lebih baik tentang kaedah yang betul dalam menggunakan Platform MIT Apps Inventor. Peserta juga melaporkan bahawa mereka telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran baru yang berguna untuk aktiviti pengajaran mereka. Kursus ini disarankan untuk diteruskan pada masa akan datang untuk peningkatan kemahiran dalam pembangunan aplikasi mudah alih untuk pengajaran dan pembelajaran.
Rumusan
Kursus MIT Apps Inventor yang dianjurkan oleh Politeknik Ungku Omar berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pengendalian kursus telah dilaksanakan secara terurus dan berkesan, dan maklum balas daripada peserta adalah sangat positif. Kursus ini membuktikan bahawa teknologi seperti MIT Apps Inventor boleh menjadi alat yang berkesan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam konteks pendidikan tinggi.